Jom Kembara Semenanjung 2010~(Part-1)


Puas sudah kami berkembara~

Puas Sudah Ku Berkembara

Tanggal 15/12/2010, aku dan beberapa orang rakanku (ijat, pali, paan, anep asan, nawie dan juga paez) telah melaksanakan 1 perancangan yg telah lame dicadangkan oleh salah seorang rakanku dari sejak sekolah rendah lagi iaitu alep...

Cadangan ini telah dikemukan pada 2002 iaitu pada ketika itu aku masih berada di tingkatan 3...pada masa itu, masing2 masih dengan dunia bersuka ria dan hanya keseronokkan yg bermain dalam pikiran...setelah hampir 7tahun lamenya, baru cadangan atau impian ini dapat dilaksanakan...

Pada 22hb Mei, 2010, aku dan beberapa orang rakanku telah mengadakan aktiviti BBQ di rumah rakan SEDARIAN pejal kembo sempena merapatkan lagi hubungan antara rakan2 SEDARIAN aku...aku x ramai kawan laen yg amat rapat selaen kawan2 SEDARIAN aku...memang aku terlalu sayang pade kawan2 SEDARIAN aku...peduli ape orang nak kate tp biar pade hakikatnya hanya kite yg tahu ape terzahir didalamnya....idea dan cadangan untuk menjelajah 1 semenanjung malaysia dengan bermotosikal sekali lagi telah dibangkitkan dan aku terasa terpanggil untok melaksanakan hasrat rakan aku tuh...dengan kesungguhan, aku merancangkannya agar ianya terlaksana...beberapa kali tarikh untok kembara ini berubah berikutan daripada halangan yg melalu dan akhirnya pade tarikh 15/12/2010 inilah telah ditetapkan untok rakan2 SEDARIAN aku berkembara 1 semenanjung...

Pada awal nya, perancangan ini mendapat sambutan yg amat menggalakkan dan tetapi apabila tibe pada hari perlaksanaannya, amat begitu mengecewakan...demi menunaikan suatu janji yg telah terpatri, aku gagahkan jua diri aku untuk merealisasikan...pernah sekali aku hampir berputus asa...tapi dengan dorongan rakan2, aku jayakannya...begitu banyak halangan yg mendatang tp ditangkis dengan semangat yg berkobar...

Tarikh keramat tibe (Hari Pertama)...perjalanan dimulakan seawal 7:00 pagi dan berkumpul di Stesen Minyak Petronas Jalan Muar Bypass di Jambatan Muar ke2...menunggu kehadiran ijat yg bertolak daripada Batu Pahat...setelah ijat tibe, kami memulakan perjalanan ke Melaka untuk mengambil seorang lagi rakan kembara iaitu Pali...lebih kurang 8:45 kami tibe dirumah pali, kami teros meneroskan perjalanan...sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, kami mengisi minyak dan membeli segala keperluan...secara rasmi perjalan kami bermula pada jam 9:30...kami berkembara dan berhenti di Hentian R &R Seremban Arah Utara untuk bersarapan...lebih kurang 30minit kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Jalan Duta untok mengambil seorang lagi rakan kami yg berada di Kuala Lumpur...setelah tiba di Plaza Tol Jalan Duta, kami meneroskan perjalanan...suatu perasaan yg amat membara membuatkan aku bersemangat walaupun hanya 4orang yg bermotosikal (aku, ijat, pali & paan) dan 1 kereta (paez, nawie & anep asan) bagi memudahkan keperluan kami dibawa, aku bersemangat membawa nama SEDARIAN keseluruh semenanjung...


cuaca amat menggalakkan dan kami berkembara tanpa menoleh kebelakang lagi....jam lebih kurang 2petang, kami berhenti rehat di Hentian R & R di Tapah bagi makan tengahhari...tepat jam3, kami meneruskan perjalan mengikut perancangan...kami mesti sampai ke Pulau Pinang sebelum jam6...beberapa kali kami berhenti mengisi minyak dan berehat seketika...antara yg menyeronokkan, kami merempit di lebuhraya bagaikan kamilah raja dijalanan....keseronokkan itu berganda apabila kami tiba di terowong di kawasan Ipoh...memang membanggakan apabila kami mealui terowong itu dengan bermotorsikal...kemudiannya, ada juga kami basah akibat hujan yg tidak disangka...namun itu tidak mematahkan semangat kami untok berkembara...antara pengalaman yg melucukan apabila minyak motor kami kehabisan kire2 4KM sebelom tiba di Plaza Tol Juru, Pineng...naseb baek kami ada membawa minyak simpanan...setelah berkongsi sikit same sikit kami meneruskan perjalanan...yg melucukan ialah, selepas Plaza Tol Juru, terdapat stesen minyak Shell...kami mengisi minyak sepenuhnya dan meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Mutiara itu...


seperti yg dirancang, kami tiba pada jam lebih kurang pukul 6petang...1 pengetahuan yg diperolehi iaitu untuk memasuki pulau, bayaran sebanyak RM1.40 dikenakan bagi pengguna motorsikal dan RM7.40 bagi pengguna kereta...kami memilih untok memasuki pulau melalui Jambatan Pulau Pinang...amat menyeronokkan apabila kami melalui atas jambatan itu dan kami berasa sangat teruja...


setelah tiba dipulau, kami mencari tempat unuk penginapan dan kami sebulat suara memilih Hotel Regal Malaysia...biliknya agak luas dan amat cukup untok menempatkan kami semua seramai 7orang didalam 1 bilik...setelah mandi, berehat dan menukar pakaian, kami menonton siaran bola sepak Malaysia menentang Vietnam dimana keputusan terikat Malaysia menang 2gol keatas Vietnam...kami semua bangga menjadi rakyat Malaysia...


setelah itu, kami mengambil keputusan untuk bersiar2 dan kami bercadang untuk pergi ke Pesta Pineng yg dimaklumkan hanya diadakan setahun sekali...keadaan di Pesta amatlah mengujakan dan ianya tidak ubah seperti “fun-fair”...bayaran masok yang dikenakan sebanya RM3 seorang bagi dewasa...setelah melawati keseluruhan Pesta, kami mengambil keputusan untok makan malam di Pesta tersebut...menu aku adalah Nasi Goreng Ayam Berempah + teh ais...setelah kenyang, kami bersiar2 di hampir keseluruhan pulau dan melepak di Padang Kota...ibarat Tanjung Emas, kami terhibur dengan pelbagai aksi dan gelagat anak muda-mudi Pineng...kami juga dihiburkan dengan persembahan “baskim” oleh anak muda yg begitu berbakat memainkan pelbagai alat musik...walaupon suara yg agak kureng, kami hayati malam tersebut dengan sungguh seronok....


jam 2pagi, kami pulang ke bilik untok tidur dan berehat bagi meneruskan perjalan untok esok...antara perancangan nya ialah kami berkembara sampai ke Perlis dan teros ke Kelantan...di Kelantan, rakan SEDARIAN kami iaitu pejal polis telah menanti...die telah dimaklumkan lebih awal untuk memudahkan segala urusan kami...kami undi untok siapa yg tidur di atas katil dan siapa yg tidur bawah....sangat seronok waktu itu...anep dan ijat sibuk “study” peta untuk menetukan perjalanan kami esok dari Perlis ke Kelantan...paan ngan paez sambung meliyor di Pulau Mutiara itu....sungguh jaoh perjalanan kami di hari pertama... dari Johor -> Melaka -> N9 -> Selangor -> Kuala Lumpur -> Perak -> P.Pinang...kami bangga

*sambung part 2.....
* pic x banyak sebab berat nak upload...
nak tengok banyak, g kat profile FB aku~











No comments:

Post a Comment

Thankz sebab sudi " sukekannye & gandakannyer~!!"

Related Posts with Thumbnails