Jom Kembara Semenanjung 2010~(Part-4) Final Chapter~

Puas Sudah Ku Berkembara


Hari Keempat hari terakhir kembara dalam perancangan kami...Kami bangun seawal jam 8pagi...seperti biasa, aku terlebih dahulu bangun dan mengejut ijat bagi ijat mengejutkan yg laen...

cuace amat menggalakkan untok meneruskan perjalanan...panas yg x terik...bak kate pejal, kami pulang dengan membawa sekali rahmat hujan..kami bersiap dan bersarapan yg disediakan oleh tuan rumah...setelah bersarapan, kami mengambil gambar2 kenangan sebelum kami bertolak menuju ke Terengganu -> Pahang -> Johor...ketika di sempadan Kelantan – Terengganu, kami sekali lagi berkembara diiringi hujan sehingga ke Bandar Permaisuri...

beberapa kali kami berhenti mengisi minyak...ketika tiba di jalan kawasan pesisir pantai, kami merasa amat seronok dengan tiupan angin bayu pantai yg kuat...kami meneruskan perjalanan dan kami berhenti rehat dan makan tengahhari di Kuala Terengganu...selesai makan, kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di bandar Kuantan, Pahang pada jam 6petang...ketika itu, kereta aku wat hal...”pad brek” habis akibat perjalanan selama 18jam dengan jalan menaiki bukit dan menuruni bukit...kami berehat di kedai makan disekitar Dewan Darul Makmur...

lebih kurang jam 8malam, kami meneruskan perjalanan untok pulang ke Johor...Tanah Air yg kami cintai...berbekalkan baju “I Love Johor” disepanjang kembara, kami amat bangga apabila hampir tiba di sempadan Pahang – Johor...kami tibe di Muar pada jam lebih kurang 1pagi...kepulangan dan ketibaan kami disambut oleh rakan2 SEDARIAN apok, baw, eddy dan semot...kami berehat dan makan malam di warung “My Friend”...kami menceritakan serba serbi pengalaman kami disepanjang kami berkembara...dari Kelantan -> Terengganu -> Pahang -> Johor amat memberi kepuasan...keseluruhan perjalanan kami ialah 1920KM dalam masa 4hari...

Kesimpulan, kami sangat seronok kerana telah berjaya menjelajah keseluruh semenanjung dalam tempoh 4hari...kami bangga menjadi rakyat Johor yg sentiasa bersemangat tinggi...

Ucapan jutaan terima kasih kepada Pejal & Iela (kerana sudi memberi kami tempat penginapan, menyediakan makan minum kami dan segala yg terbaik hanya untok kami), Amirul Iman (yg menunjukkan kami arah ke Kota Bharu) dan kepada semua rakan2 KEMBARA yg memberikan kerjasama dan menjayakan kembara...Tak lupa juga kepada My Love Siti Balkis (kerana membelikan motor 135LC untok aku berkembara) dan kepada rakan2 SEDARIAN yg menyambut kepulangan kami dan kepada semua yg ade kaitan dengan kami secara langsung ataupun tak langsung dalam menjayakan kembara...Sekian...

*Tahun depan kite berkembara lagi...Tungguuuu~~

Peserta: Aku, Ijat, Pali, Paan, Paez, Nawie & Anep Asan...
3 motor 135LC, 1 motor EX5 dan 1 kereta Satria 5Star...
Johor -> Melaka -> N9 -> Selangor -> Kuala Lumpur -> Perak -> P.Pinang -> Kedah -> Perlis -> Kedah -> Perak -> Kelantan -> Terengganu -> Pahang -> Johor = 1920KM & 4Hari 4Malam...
















Jom Kembara Semenanjung 2010~(Part-3)

Puas Sudah Ku Berkembara


Hari Ketiga kami mengambil keputusan bersama untok berehat 1 hari dirumah pejal dan kami akan bersiar2 dikawasan Kota Bharu, Kelantan dan kebetulan juga pejal tidak bekerja pada hari tersebut...

kami bangun lewat sikit iaitu jam 9pagi...keadaan cuaca gerimis disepanjang hari...kami bersarapan dengan makanan yg disediakan oleh Iela, wife pejal...Iela ni pon budak SEDARIAN...dah jodoh dieorang dari skola...kool...selepas bersarapan, kami dibawa oleh pejal bersiar2 dibalai polis tempat beliau bekerja...kami lawati segala ape isi yg ade dikawan balai itu...

kemudian jam 3petang, sekali lagi kami dijamu makanan tengahhari sebelum minum petang...selepas minum petang, kami dibawa oleh pejal bersiar2 di KB MALL...tidak ubah seperti shoping complex yg ada di mana2 negeri...segala2 nya ade...kemudian kami dibawa melawati Wakaf Che Yeh...tempat yg tidak ubah seperti Uptown Danau Kota...setelah mencuci mata di Wakaf Che Yeh, kami mengambil keputusan untok makan malam diluar bagi tidak menyusahkan Iela untok masak bagi kami...die kini mengandung 5bulan...x sabo nak jadik pakcik...antara menu kami makan malam itu ialah “TomYam Belot”...pengalaman baru bagi aku, ijat, nawie, pali dan pejal...paez dan paan x macho nak makan belot...geli agaknya...selepas makan kami pulang dan berehat2 sebelom meneruskan perjalanan...MODE: KEPENATAN






















Jom Kembara Semenanjung 2010~(Part-2)




Puas Sudah Ku Berkembara

Hari Kedua...Kami bangun seawal jam 8pagi...aku terlebih dahulu bangun dan mengejut ijat bagi ijat mengejutkan yg laen...kami bersiap dan ijat, nawie & pali telah bersarapan di cafe yg telah disediakan oleh pihak hotel...

kami bertolak jam lebih kurang 9pagi dan teros menuju ke terminal feri...kami menaiki feri untok ke tanah besar semenanjung...amat mengujakan ketika berada diatas feri...setelah tibe ke tanah besar, kami meneruskan perjalanan menuju ke Perlis...melalui Lebuhraya Utara – Selatan, kami mengambil exit Alor Setar Selatan bagi menuju ke Perlis...dari Kedah hingga ke Perlis, kami melalui jalan bandaran seperti yg berada di dalam buku peta yg aku beli awal tahun dulu...begitu menggunakan...kami sampai ke Perlis pada lebih kurang 2petang...kami berhenti makan di Kangar...menu aku ialah “Nasi Goreng Ayam Xde Tapi Nasi Goreng Buboh Ayam Kecik2 Ade”...kelako kan...Jam3 kami meneruskan perjalanan untok ke Kelantan...dari Perlis untok ke Kelantan, kami mengambil jalan Langgar -> Pokok Sena -> Kampung Bukit -> Naka -> Nami -> Sik -> Weng -> Baling -> Pengkalan Hulu -> Kelian Intan -> Gerik -> Jeli -> Kusial Baru -> Kota Bharu -> Kadok -> Ketereh -> Jelawat -> Bachok...rumah rakan kami pejal polis terletak di Kuaters Balai Polis Gunong, Bachok....perjalan yg mengambil masa 18jam...dan antara jalan yg paling jaoh kami rase bagi kami orang asing...disepanjang perjalanan, kami meredah hujan dan kami juga menempuh malam yg hujan dan sejuk...banyak pengalaman yg kami lalui ketika melalui jalan2 yg aku nyatakan kat atas tuh...antaranya jalan dari Naka ke Nami dan ke Weng dimana jalannya ialah jalan “crusher-run” atau lebih tepat lagi jalan baru hendak di buat jalan dimana sebelum jalan tersebut ditar...agak mencabar jalan tersebut dan kelajuan kami hanya 20km/j sahaja...sebelum itu juga, kami berhenti berehat dan menambah minyak di sebuah kedai kampung...laksa yg dijual disitu sangat sedap...makan laksa dengan menggunakan straw dan sudu...sangat kool kan...

kami meneruskan perjalanan merentasi Bukit Kenderong...berhenti seketika di Hentian Perah yg penoh dengan mitos atau cerita dongeng orang2 kampong sebelom meneruskan perjalanan dan berhenti berehat di Banjaran Titiwangsa...sekali lagi kami meredah kawasan hutan dimana pengguna diberi amaran awal bahawa kawasan itu kawasan gajah melintas dan pengguna dinasihatkan agar berhati2 ketika melalui jalan itu...

ketika di Hentian Banjran Titiwangsa, kami berkenalan dengan seorang rakan bernama Amirul Iman dimana pada ketika itu die juga hendak pulang ke Kota Bharu, Kelantan...kami bersaing2 dengan Iman dan meneruskan perjalanan...akibat keadaan jalan yg licin, basah, berselekoh, gelap dan cahaya yg kurang, aku dan paez hampir2 kemalangan akibat mengelakkan dahan pokok yg jatoh di bahu jalan...kaki paez cedera akibat berhentak pada pedal motor...waktu di hentian, pali bertukar motor dengan paez akibat pali yg tidak boleh memandu diwaktu malam akibat rabun dan terlupa nak bawa cermin matanya...kami meneroskan sehingga ke Stesen Minyak Petronas Jeli...mengisi minyak dan teros menuju ke Kota Bharu...

setibanya di Kota Bharu, kami dibawa oleh Iman untuk berehat menikmati minuman panas sambil menunggu Pejal untuk menjemput kami disuatu tempat...ketika itu Iman menyatakan bahawa jalan yg kami lalu itu adalah jalan yg paling jauh dan kemungkinan orang pon x kan lalu jalan itu...memang kering kami lalu jalan tuh...lebih kurang 30minit, kami dijemput oleh pejal ke rumahnya...kami tiba dirumahnya pada jam sekitar 3pagi...ketibaan kami juga disambut dengan rahmat hujan walhal kawasan uma pejal sudah 2 3 hari panas...kami diberi ingatan keras oleh pejal bahawa kawasan balainya sangat “horror”...kami berehat, mandi dan salin pakaian...perot yg lapo gile diisi dengan teh o panas dan beskot...syukur ade juga rezki...sekurang2nya kami tidak perlu tido dalam kelaparan...masing2 tido akibat kepenatan selepas mengisi perot...aku tido jam lebih kurang jam 4pagi setelah berbual seketika dengan pejal....Dari P.Pinang -> Kedah -> Perlis -> Kedah -> Perak -> Kelantan mengambil masa 18jam...lame dan jaoh sungguh perjalanan kami...

* sambung part 3...











Jom Kembara Semenanjung 2010~(Part-1)


Puas sudah kami berkembara~

Puas Sudah Ku Berkembara

Tanggal 15/12/2010, aku dan beberapa orang rakanku (ijat, pali, paan, anep asan, nawie dan juga paez) telah melaksanakan 1 perancangan yg telah lame dicadangkan oleh salah seorang rakanku dari sejak sekolah rendah lagi iaitu alep...

Cadangan ini telah dikemukan pada 2002 iaitu pada ketika itu aku masih berada di tingkatan 3...pada masa itu, masing2 masih dengan dunia bersuka ria dan hanya keseronokkan yg bermain dalam pikiran...setelah hampir 7tahun lamenya, baru cadangan atau impian ini dapat dilaksanakan...

Pada 22hb Mei, 2010, aku dan beberapa orang rakanku telah mengadakan aktiviti BBQ di rumah rakan SEDARIAN pejal kembo sempena merapatkan lagi hubungan antara rakan2 SEDARIAN aku...aku x ramai kawan laen yg amat rapat selaen kawan2 SEDARIAN aku...memang aku terlalu sayang pade kawan2 SEDARIAN aku...peduli ape orang nak kate tp biar pade hakikatnya hanya kite yg tahu ape terzahir didalamnya....idea dan cadangan untuk menjelajah 1 semenanjung malaysia dengan bermotosikal sekali lagi telah dibangkitkan dan aku terasa terpanggil untok melaksanakan hasrat rakan aku tuh...dengan kesungguhan, aku merancangkannya agar ianya terlaksana...beberapa kali tarikh untok kembara ini berubah berikutan daripada halangan yg melalu dan akhirnya pade tarikh 15/12/2010 inilah telah ditetapkan untok rakan2 SEDARIAN aku berkembara 1 semenanjung...

Pada awal nya, perancangan ini mendapat sambutan yg amat menggalakkan dan tetapi apabila tibe pada hari perlaksanaannya, amat begitu mengecewakan...demi menunaikan suatu janji yg telah terpatri, aku gagahkan jua diri aku untuk merealisasikan...pernah sekali aku hampir berputus asa...tapi dengan dorongan rakan2, aku jayakannya...begitu banyak halangan yg mendatang tp ditangkis dengan semangat yg berkobar...

Tarikh keramat tibe (Hari Pertama)...perjalanan dimulakan seawal 7:00 pagi dan berkumpul di Stesen Minyak Petronas Jalan Muar Bypass di Jambatan Muar ke2...menunggu kehadiran ijat yg bertolak daripada Batu Pahat...setelah ijat tibe, kami memulakan perjalanan ke Melaka untuk mengambil seorang lagi rakan kembara iaitu Pali...lebih kurang 8:45 kami tibe dirumah pali, kami teros meneroskan perjalanan...sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, kami mengisi minyak dan membeli segala keperluan...secara rasmi perjalan kami bermula pada jam 9:30...kami berkembara dan berhenti di Hentian R &R Seremban Arah Utara untuk bersarapan...lebih kurang 30minit kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Jalan Duta untok mengambil seorang lagi rakan kami yg berada di Kuala Lumpur...setelah tiba di Plaza Tol Jalan Duta, kami meneroskan perjalanan...suatu perasaan yg amat membara membuatkan aku bersemangat walaupun hanya 4orang yg bermotosikal (aku, ijat, pali & paan) dan 1 kereta (paez, nawie & anep asan) bagi memudahkan keperluan kami dibawa, aku bersemangat membawa nama SEDARIAN keseluruh semenanjung...


cuaca amat menggalakkan dan kami berkembara tanpa menoleh kebelakang lagi....jam lebih kurang 2petang, kami berhenti rehat di Hentian R & R di Tapah bagi makan tengahhari...tepat jam3, kami meneruskan perjalan mengikut perancangan...kami mesti sampai ke Pulau Pinang sebelum jam6...beberapa kali kami berhenti mengisi minyak dan berehat seketika...antara yg menyeronokkan, kami merempit di lebuhraya bagaikan kamilah raja dijalanan....keseronokkan itu berganda apabila kami tiba di terowong di kawasan Ipoh...memang membanggakan apabila kami mealui terowong itu dengan bermotorsikal...kemudiannya, ada juga kami basah akibat hujan yg tidak disangka...namun itu tidak mematahkan semangat kami untok berkembara...antara pengalaman yg melucukan apabila minyak motor kami kehabisan kire2 4KM sebelom tiba di Plaza Tol Juru, Pineng...naseb baek kami ada membawa minyak simpanan...setelah berkongsi sikit same sikit kami meneruskan perjalanan...yg melucukan ialah, selepas Plaza Tol Juru, terdapat stesen minyak Shell...kami mengisi minyak sepenuhnya dan meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Mutiara itu...


seperti yg dirancang, kami tiba pada jam lebih kurang pukul 6petang...1 pengetahuan yg diperolehi iaitu untuk memasuki pulau, bayaran sebanyak RM1.40 dikenakan bagi pengguna motorsikal dan RM7.40 bagi pengguna kereta...kami memilih untok memasuki pulau melalui Jambatan Pulau Pinang...amat menyeronokkan apabila kami melalui atas jambatan itu dan kami berasa sangat teruja...


setelah tiba dipulau, kami mencari tempat unuk penginapan dan kami sebulat suara memilih Hotel Regal Malaysia...biliknya agak luas dan amat cukup untok menempatkan kami semua seramai 7orang didalam 1 bilik...setelah mandi, berehat dan menukar pakaian, kami menonton siaran bola sepak Malaysia menentang Vietnam dimana keputusan terikat Malaysia menang 2gol keatas Vietnam...kami semua bangga menjadi rakyat Malaysia...


setelah itu, kami mengambil keputusan untuk bersiar2 dan kami bercadang untuk pergi ke Pesta Pineng yg dimaklumkan hanya diadakan setahun sekali...keadaan di Pesta amatlah mengujakan dan ianya tidak ubah seperti “fun-fair”...bayaran masok yang dikenakan sebanya RM3 seorang bagi dewasa...setelah melawati keseluruhan Pesta, kami mengambil keputusan untok makan malam di Pesta tersebut...menu aku adalah Nasi Goreng Ayam Berempah + teh ais...setelah kenyang, kami bersiar2 di hampir keseluruhan pulau dan melepak di Padang Kota...ibarat Tanjung Emas, kami terhibur dengan pelbagai aksi dan gelagat anak muda-mudi Pineng...kami juga dihiburkan dengan persembahan “baskim” oleh anak muda yg begitu berbakat memainkan pelbagai alat musik...walaupon suara yg agak kureng, kami hayati malam tersebut dengan sungguh seronok....


jam 2pagi, kami pulang ke bilik untok tidur dan berehat bagi meneruskan perjalan untok esok...antara perancangan nya ialah kami berkembara sampai ke Perlis dan teros ke Kelantan...di Kelantan, rakan SEDARIAN kami iaitu pejal polis telah menanti...die telah dimaklumkan lebih awal untuk memudahkan segala urusan kami...kami undi untok siapa yg tidur di atas katil dan siapa yg tidur bawah....sangat seronok waktu itu...anep dan ijat sibuk “study” peta untuk menetukan perjalanan kami esok dari Perlis ke Kelantan...paan ngan paez sambung meliyor di Pulau Mutiara itu....sungguh jaoh perjalanan kami di hari pertama... dari Johor -> Melaka -> N9 -> Selangor -> Kuala Lumpur -> Perak -> P.Pinang...kami bangga

*sambung part 2.....
* pic x banyak sebab berat nak upload...
nak tengok banyak, g kat profile FB aku~











Thankz sebab sudi " sukekannye & gandakannyer~!!"

Related Posts with Thumbnails